Friday, November 6, 2015

ANUGERAH TERINDAH...

 IZZ & IZZARA
 

        Inilah harta yang berharga yang ku miliki. Semoga dewasa menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjasa pada mama dan abah. Kadangkala kenakalan dan kerenah anak2 ku menjadi amarah. Tapi itulah dugaan dan cabaran yang besar harusku tempuhi membesarkan kalian berdua. 
       Alhamdulillah anugerah terindah ini buatku dan suami melengkapi hidup bersama. Walaupun adakala badai melanda. Tetap kami terus cekal serta tabah menempuhinya. Hanya Allah sahaja yang megetahui apa yang kami lalui hari ini dan semalam. Setiap perancangan-Mu adalah yang terbaik ada terselindung hikmah yang sangat besar. Aku redha mengharungi setiap ujian dari Mu Ya Allah.. 
       Semoga aku menjadi seorang insan yang lebih tabah. Terus cekal menempuh segala ujian yang bakal mendatang. Anak2 adalah semnagat ku. Dikala ku rasa hampir lelah. Ku kuatkan langkah ku dengan adanya mereka berdua. Apa yang ku lalui hari ini untuk menginsafi masa lalu. Semoga Allah membuka ruang buat ku terus tabah menjaga keluarga ku...
       Hanya aku yang tahu rasa itu.. hanya aku yang lalui masa itu... Moga dipermudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga menempuh hari-hari seterusnya... Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik pada suamiku  agar anak2 ku  merasa bahagia dapat terus bersama2 abah mereka.. Amiin ya rabbal alamin.........
 
       

Saturday, January 25, 2014

JERSI WORLCUP 2014... ADA DI SINI DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN!!!!

JERSI WORLDCUP 2014
SECORND ORIGINAL ADIZERO
PRICE RM70 INCLUDE POSTAGE
GRED AAA RM50 INCLUDE POSTAGE


JERSI GERMANY  SECORND ORIGINAL ADIZERO

JERSI GERMANY



JERSI  SPAIN GRED AAA







JERSI ARGENTINA
JERSI MAXICO
JERSI JAPAN

JERSI BRAZIL





 BERMINAT SECORND ORIGINAL , GRED AAA DAN MANA NEGARA  YANG ANDA MINATI BOLEH MEMBUAT PESANAN SEKARANG!!! 

SESIAPA BERMINAT OLEH MEMBUAT PESANAN DENGAN MENGHUBUNGI SMS ATAU WHATSAPP KE NOMBOR 0175636339.

Thursday, February 10, 2011

direnjis-renjis..dipilih ditepungi lah tawar..beras kunyit di tabur..disiram si air mawar...


Semoga cinta yang bersemi antara aku dan dia semakin mekar..

Ya Allah, kau berkatilah dan redhailah rumahtangga kami..aminnn



Untuk hidup..kita perlu sentiasa bersyukur..muhasabah diri. Apa sahaja peristiwa yang berlaku pada kita..datang dari kita. Samada kita terlalu baik sehingga Allah meguji kita atau sebaliknya.

Jadi bila kita menyayangi seseorang..sayangilah dengan ikhlas. Kalau kita bersabar..sabarlah dengan ikhlas. Semuanya perlukan keikhlasan.. Ikhlas semata-mata kerana Allah.

Dan mudah-mudahan kita akan dapat merasakan erti sebuah perkahwinan yang sebenar………..

Kalau kita rasa susah..ada orang lain yang lebih susah. Kalau kita rasa menderita..ada orang lain yang lebih menderita. Bersyukurlah kita atas apa yang ada. Kalau kita ada masalah…mintalah pertolongan daripada Allah. Kawan tak dapat membantu..rokok tak dapat membantu..arak tak dapat membantu..dadah tak dapat membantu..memberontak pun tak akan membantu. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku. Destinasinya sama tapi keadaanya berbeza. Lalu bermacam-macam jalan ke sana…..

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta... Diukir dari intan permata.

Tidak kurang merasakan bahagia itu pada paras rupa..Ditempa oleh wajah yang rupawan.

Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa. Dituai oleh pangkat dan jawatan.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup, banyaknya harta, indahnya pasangan dan sebagainya. Bahagia itu terletak pada, firman Allah :

“ Dan diantara tanda-tanda( kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (Surah AnRuum Ayat 21)

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " ( Surah Al-Baqarah Ayat 216)

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”(Surah An-nur Ayat 26-27)

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR. Tirmidzi)

Inilah ayat-ayat yang ku berikan pd suamiku sebelum kami dijab kabulkan…. Aku ingin dia mengerti..dia fahami erti sebuah perkahwinan itu… supaya dia menerima ku seadanya… dan menghargaiku sebaiknya…

Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak menyangka sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai."

Masih banyak lagi yang perlu diharungi...perjalanan hidup ini masih jauh dan panjang.. Semoga semua itu dapat aku tempuhi dengan sabar..InsyaAllah....

Saturday, January 15, 2011

La Tahzan....

Assalamualaikum..w.b.t...

Dah lama aku x update blog ni...ni pn aku menulis sb aku terbc blog seseorg yg pernah ku kenali dl.. simpati pn ada..tp apa blh bt.. nasib seseorg x sama.. kdg kita merancang tuhan menentukan...

Kt blog dia aku terbc byk luahan hati dia yg sedih... meratapi nsb diri... seolah2 dia memang dilahirkan bernasib malang di tgh2 keluarga yg berpecah belah..xtau mn hala tuju. Diri terbuang.. sentiasa dikecewakan...tiada teman yg dpt berkongsi..sentiasa di khianati...x pernah merasa bahagia..diri terumbang-ambing...

Wahai sedara seagamaku... Usah meratapi nasib tp... cuba lihat dirimu... Kita adalah sebaik2 kejadian ciptaan-Nya... Syukuri nikmat yg diberikan..

Btl tiada manusia yg sempurna... Ada sj kesilapan dlm hidup kita...Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya tidak, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah...

Untuk itu, persiapkan lah dirimu menjadi se"CEKAL" mungkin..

Usah kau bersedih. Simpanlah air mata-air mata tangisanmu itu buat bekalan untuk menginsafi diri atas segala kecuaian yang telah melandamu, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Tetapi seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga mendapat keampunan-Nya jua....

Masih ada ruang utkmu di bumi tuhan ini... Sabar lah...

Rasulullah bersabda: “Tidak ada satupun pemberian kepada seseorang yang lebih baik daripada sabar.” ( HR. Muslim).

Allah berfirman:
“Dan Kami benar-benar akan membalas mereka yang bersabar dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka telah lakukan.” (An Nahl: 96)






*P/S : When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.

Monday, November 15, 2010

APA ITU CINTA?

Apa itu cinta?
Cinta itu tawa dan airmata, itu yang selalu dikata oleh orang. Tapi pada aku, tak bercinta pun tawa dan airmata itu tetap ada.

Apa itu cinta?
Cinta selalu diumpamakan seperti pelangi, cantik dan berwarna warni. Tapi pada aku, siapa yang bercinta seperti pelangi, malanglah mereka itu sebab cinta mereka hanya datang sekali sahaja… itupun selepas hujan.

Apa itu cinta?
Ramai yang kata cinta itu mampu membuatkan kita tak lalu makan. Tapi pada aku, makan tetap makan…

Apa itu cinta?
Cinta perlu dibelai dan dimanja. Mana ada… mengarut je. Huh… dunia sudah terbalik. Pada aku bukan cinta yang harus dibelai, tetapi mereka yang bercinta itu harus diajar mengenai cinta.

Apa itu cinta?
Cinta ibarat remaja yang baru mendapat lesen motor dan lesen kereta. Tapi itu tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja dengan pasangan kita.

Apa itu cinta?
Cinta ibarat penyembuh, boleh mengubati orang yang memberi dan mampu mengubati orang yang menerima. Tapi kalau kedua-duanya sakit, tetap juga kena pergi jumpa doktor.

Apa itu cinta?
Cinta tidak dapat dilihat… macam hantu. Tapi kalaulah kita dapat lihat hantu, dah tentu-tentu kita takkan bercinta dengan hantu tu….

Apa itu cinta?
Cinta seperti aliran air terjun. Ada halangan dan dan jeram yang perlu dihadapi. Tapi janganlah bercinta di kawasan air terjun sahaja, dah kenapa…kan, gila ke apa?

Apa itu cinta?
Cinta saling tak tumpah seperti sebuah papan kenyataan. Semuanya harus di luahkan dengan jujur dan penuh hormat. Tapi tak bermakna kita harus memberitahu seluruh rakan taulan mengenai siapa pasangan dan cinta hati kita. Antara kita dan dia sahaja yang tahu … sudah cukuplah…

Apa itu cinta?
Cinta harus memberi.Hurrmmm… siapa kata?Pasal banyak memberilah, ramai anak dara dan anak bujang kita hanyut dan hancur. Sebenarnya cinta tidak harus memberi semata-mata, tapi cinta memerlukan PENGORBANAN atas ketentuan-NYA.

Apa itu cinta?
Cinta adalah satu harapan. Inipun aku setuju tetapi harapan HANYA akan tinggal harapan selagi kita hanya tunggu, duduk dan diam. “To love someone deeply gives you strength. Being loved by someone deeply gives you courage.”

Apa itu cinta?
Cinta itu sebuah perasaan yang ditunggu oleh setiap insan. Hampir setiap hari cinta itu diburu. Tapi pada aku, cinta tidak perlu diburu, ia akan datang dengan sendirinya. Malangnya, terkadang kita tidak perasan yang cinta itu sudahpun berada di hadapan mata kita. Dan lebih malang lagi, kita masih lagi menunggu cinta yang entah kita pun tidak pasti…

Apa itu cinta?
Cinta itu buta… sebab kita selalu salah mentafsir dan tidak nampak apa yang sebenarnya perlu ada dalam bercinta. Cinta yang indah bukan dengan orang yang kita BOLEH hidup bersamanya, tetapi cinta yang indah ialah kehidupan dengan orang yang kita TIDAK boleh hidup tanpanya.

Apa itu cinta?
Cinta memang boleh membuatkan hidup kita indah. Tapi pada aku, ikhlas dalam bercinta itulah yang paling indah sekali.

Apa itu cinta?
Cinta mampu untuk merubah segalanya. Itu memang benar.. tapi jangan sesekali lupa yang bila mana perubahan itu datang, kita mesti menerimanya dengan penuh redha. Kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan segalanya….

*Benar….Cinta indah yang sejati memang akan datang SEKALI sahaja dalam hidup. Sekali kita lepaskan ia pergi, bermakna kita akan kehilangannya…. separuh dari jiwa kita akan pergi……

Sunday, October 10, 2010

Jangan Bertasbihkan Cinta..

By : Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.

“Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya,” luah seorang isteri.

“Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal…” ujar saya.
“Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil,” balasnya.
“Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta… kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. ”
“Akibatnya ini?”
“Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi.”

Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita! Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.

Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.

Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan… ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.

Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.

Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?

Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakana pada diri, “wahai diri, kau berkahwin kerana Allah…” Insya-Allah, “talian hayat” perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.

Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!

Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.

Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.

Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal…

Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem “Bila Cinta Bertasbih”. Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!

Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui ‘orang perantaraan’ (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap “mengenal” agama bakal calon.

Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan “maklumat” tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.

Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.

Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.

Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.

Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.

Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.

Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.

Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!

Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!

Fitnah Dajjal









Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:

“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan
kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat
selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.
Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku
adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah
umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada
di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang
sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga
dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan
menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat
antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi
manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai
hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di
sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi
sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah
aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal
itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak
cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan
juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’,
yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa
syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu
panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia meminta
pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah al-Kahfi, maka
nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang
membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata
kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah
lama meninggal dunia itu, apakah engkau
mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu
akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya
sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun
sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai
anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah
Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia
katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang
akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah
orang mati tadi hidup semula. Kemudian
Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?”
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah,
sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang
itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia
termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya
juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan
tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba
tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat
bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya
sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian
itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu
mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang
demikian hujan turun di tempat mereka dan
tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang
tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan
Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat
ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.
Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah
dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal
datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika
itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing
dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka
keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang
yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang
dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu
daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu
tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak
beriman kepadanya), maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman mereka tidak
menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah
mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat
mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya. Maka
disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh
langit supaya menurunkan hujannya dan
menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah
mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka
subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-
tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang
pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak
dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai
dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah
Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal
(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki
atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan
kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.
Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika
itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
Madinah membersihkan kotorannya seperti
tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima
dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari
Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku
sedang menangis. Melihat saya menangis beliau
bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab:
“Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal,
maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah
s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada
waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga
kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah
kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan
cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak
berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,
yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada
satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu
hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari
berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari
yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami
solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w
menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima
waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata:
“Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini
berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?” Katanya sambil ditahannya
matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi
satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan
matahari itu, dia berkata kepada manusia:
“Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu
berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami
ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya
dengan menjadikan satu hari begitu cepat
berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku
dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka
selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti
apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau
empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus
Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah
bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.

“Tidaklah hari kiamat bangkit sehingga dibangkitkan para (Dajjal) pendusta, pembohong, mendekati 30 orang. Masing-masing mengaku bahwa dirinya adalah Rasulullah.” -HR Al-Bukhari

Drpd Miqdam bin Ma'dikariba r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:


"Hampir tiba suatu masa di mn seorang lelaki yg sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan org kepadanya sebuah hadis drpd hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami n kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yg di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. dan apa yg ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yg diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yg diharamkan oleh Allah swt." -HR abu daud