Apa itu cinta?
Cinta itu tawa dan airmata, itu yang selalu dikata oleh orang. Tapi pada aku, tak bercinta pun tawa dan airmata itu tetap ada.
Apa itu cinta?
Cinta selalu diumpamakan seperti pelangi, cantik dan berwarna warni. Tapi pada aku, siapa yang bercinta seperti pelangi, malanglah mereka itu sebab cinta mereka hanya datang sekali sahaja… itupun selepas hujan.
Apa itu cinta?
Ramai yang kata cinta itu mampu membuatkan kita tak lalu makan. Tapi pada aku, makan tetap makan…
Apa itu cinta?
Cinta perlu dibelai dan dimanja. Mana ada… mengarut je. Huh… dunia sudah terbalik. Pada aku bukan cinta yang harus dibelai, tetapi mereka yang bercinta itu harus diajar mengenai cinta.
Apa itu cinta?
Cinta ibarat remaja yang baru mendapat lesen motor dan lesen kereta. Tapi itu tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja dengan pasangan kita.
Apa itu cinta?
Cinta ibarat penyembuh, boleh mengubati orang yang memberi dan mampu mengubati orang yang menerima. Tapi kalau kedua-duanya sakit, tetap juga kena pergi jumpa doktor.
Apa itu cinta?
Cinta tidak dapat dilihat… macam hantu. Tapi kalaulah kita dapat lihat hantu, dah tentu-tentu kita takkan bercinta dengan hantu tu….
Apa itu cinta?
Cinta seperti aliran air terjun. Ada halangan dan dan jeram yang perlu dihadapi. Tapi janganlah bercinta di kawasan air terjun sahaja, dah kenapa…kan, gila ke apa?
Apa itu cinta?
Cinta saling tak tumpah seperti sebuah papan kenyataan. Semuanya harus di luahkan dengan jujur dan penuh hormat. Tapi tak bermakna kita harus memberitahu seluruh rakan taulan mengenai siapa pasangan dan cinta hati kita. Antara kita dan dia sahaja yang tahu … sudah cukuplah…
Apa itu cinta?
Cinta harus memberi.Hurrmmm… siapa kata?Pasal banyak memberilah, ramai anak dara dan anak bujang kita hanyut dan hancur. Sebenarnya cinta tidak harus memberi semata-mata, tapi cinta memerlukan PENGORBANAN atas ketentuan-NYA.
Apa itu cinta?
Cinta adalah satu harapan. Inipun aku setuju tetapi harapan HANYA akan tinggal harapan selagi kita hanya tunggu, duduk dan diam. “To love someone deeply gives you strength. Being loved by someone deeply gives you courage.”
Apa itu cinta?
Cinta itu sebuah perasaan yang ditunggu oleh setiap insan. Hampir setiap hari cinta itu diburu. Tapi pada aku, cinta tidak perlu diburu, ia akan datang dengan sendirinya. Malangnya, terkadang kita tidak perasan yang cinta itu sudahpun berada di hadapan mata kita. Dan lebih malang lagi, kita masih lagi menunggu cinta yang entah kita pun tidak pasti…
Apa itu cinta?
Cinta itu buta… sebab kita selalu salah mentafsir dan tidak nampak apa yang sebenarnya perlu ada dalam bercinta. Cinta yang indah bukan dengan orang yang kita BOLEH hidup bersamanya, tetapi cinta yang indah ialah kehidupan dengan orang yang kita TIDAK boleh hidup tanpanya.
Apa itu cinta?
Cinta memang boleh membuatkan hidup kita indah. Tapi pada aku, ikhlas dalam bercinta itulah yang paling indah sekali.
Apa itu cinta?
Cinta mampu untuk merubah segalanya. Itu memang benar.. tapi jangan sesekali lupa yang bila mana perubahan itu datang, kita mesti menerimanya dengan penuh redha. Kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan segalanya….
*Benar….Cinta indah yang sejati memang akan datang SEKALI sahaja dalam hidup. Sekali kita lepaskan ia pergi, bermakna kita akan kehilangannya…. separuh dari jiwa kita akan pergi……