IZZ & IZZARA
Alhamdulillah anugerah terindah ini buatku dan suami melengkapi hidup bersama. Walaupun adakala badai melanda. Tetap kami terus cekal serta tabah menempuhinya. Hanya Allah sahaja yang megetahui apa yang kami lalui hari ini dan semalam. Setiap perancangan-Mu adalah yang terbaik ada terselindung hikmah yang sangat besar. Aku redha mengharungi setiap ujian dari Mu Ya Allah..
Semoga aku menjadi seorang insan yang lebih tabah. Terus cekal menempuh segala ujian yang bakal mendatang. Anak2 adalah semnagat ku. Dikala ku rasa hampir lelah. Ku kuatkan langkah ku dengan adanya mereka berdua. Apa yang ku lalui hari ini untuk menginsafi masa lalu. Semoga Allah membuka ruang buat ku terus tabah menjaga keluarga ku...
Hanya aku yang tahu rasa itu.. hanya aku yang lalui masa itu... Moga dipermudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga menempuh hari-hari seterusnya... Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik pada suamiku agar anak2 ku merasa bahagia dapat terus bersama2 abah mereka.. Amiin ya rabbal alamin.........

